Wednesday, January 6, 2010

Menguji Kesabaranku

Kesabaran

Memang ramai manusia di sekeliling kita ini seolah-olah sedang menguji kesabaran kita. Entah mengapa perkara sebegini terjadi. Mungkin beginilah cubaan dan dugaan yang Allah berikan kepada kita dengan menguji kita dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah karenah manusia yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita.

Sebenarnya memang hidup kita ini sentiasa berhati-hati dalam setiap geri laku seharian. Mana taknya, kalau buat silap sedikit sahaja sudah dinilai kita sebagai 'jahat' atau kurang baik. Ini menyebabkan kadang-kadang kita 'tension' dengan keadaan sebegini. Apakan daya hati kita ini 'lembut dan 'segan' untuk membalas kepada orang lain. Atau mungkin iman yang diberikan Allah kuat dan 'tebal' sehinggakan kita mempunyai sifat atau perasaan sabar yang begitu jitu.

Justeru, marilah sama-sama kita kuatkan lagi semangat kita supaya kita dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang dan seronok. Namun, seronok kita itu janganlah sampai kita lupakan asal usul kita. Dari mana kita datang? Kemana kita akan pergi? Dan yang terpenting...Kemana kita akan dimasukkan di hari akhirat nanti...Mudah-mudahan dan moga-moga kita ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa...InsyaAllah.

BEGINILAH KEHIDUPAN DI DUNIA INI. SABARLAH.

1 comments:

Ambo Loni on January 6, 2010 at 1:01 PM said...

Ujian itu mendebarkan...Sabar itu indah...

 

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Ambo Loni Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal